Perasmian Blog "Kasih Imran"

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat saya menggunakan blog "Kasih Imran" ini untuk memasarkan tudung dan pelbagai jenis selendang. Ini secara tidak langsung dapat mengalakkan lagi Muannats yang budiman sekalian memakai tudung menutup aurat. Objektif tercetusnya idea untuk memasarkan pelbagai tudung atau selendang kepada anda diluar sana adalah untuk memudahkan pencarian kehendak anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke kedai - kedai tudung untuk memilih dan membeli, dengan tertubuhnya "Kasih Imran", sudah pasti anda hanya perlukan sedikit masa sahaja untuk memilih dan membuat perbandingan mengikut kehendak anda. Hanya dengan melayari blog "Kasih Imran".

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan kami??

  • Tidak perlu membuang masa untuk pergi ke kedai tudung
  • Tidak perlu bersesak - sesak ke kedai tudung
  • Tidak perlu mengeluarkan belanja yang berlebihan
  • Pemilihan tudung dalam keadaan yang selesa
  • Harga berpatutan
  • Kualiti fabrik yang baik 
  • Mempunyai pelbagai jenis tudung/selendang yang baru
  • Memastikan kualiti tudung/selendang dalam keadaan baik
  • Sentiasa memastikan kepuasan pengguna terjamin
Justeru itu, "Kasih Imran" mengharapkan sokongan daripada anda terhadap usaha murni ini. Jutaan terima kasih kepada semua pengikut blog "Kasih Imran" yang begitu prihatin dan sentiasa menjadi inspirasi untuk kami terus maju dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami..

Sekian,
"Kasih Imran"

Selamat Membeli "Terima Kasih"